Residensi Lambaian Dua menawarkan sebuah konsep yang menginspirasikan ketenangan dan kedamaian yang menjelaskan bagaimana makna sesebuah kehidupan. Terletak di sebuah kawasan tumpuan di Kajang, Lambaian Dua merupakan pilihan utama kepada keluarga untuk didiami. Mempunyai kepadatan unit rumah yang minimal, Lambaian dua mempunyai dua fasa iaitu Aries dan Brevia dimana kedua - dua ini dibina berdasarkan kehendak dan permintaan terkini.
Mengenengahkan konsep kebebasan serta alam semulajadi, kawasan residensi Lambaian Dua lengkap dengan sistem berpagar serta diperkuat dengan kawalan keselamatan yang efisien. Penghuni Lambaian Dua kini mampu merasai sendiri suasana yang mewah serta persekitaran yang dijaga rapi. Dikelilingi dengan tasik tasik yang tenang serta hidupan flora & fauna yang memukau, konsep perumahan mewah di dalam suasana menghijau ini membuatkan setiap penghuni dapat merasai pengalaman kehidupan yang berkualiti dan produktif.
Brevia merupakan sebuah fasa baru di Residensi Lambaian Dua. Perumahan jenis pegangan bebas ini mempunyai 68 unit rumah teres dua tingkat berkeluasan 22' x75 kaki persegi. Menawarkan 4+1 bilik tidur dan 4 bilik mandi, unit ini amat sesuai untuk keselesaan keluarga besar anda. Mempunyai keluasan rumah dari 2,266-2,331 kaki persegi, ia sudah cukup memberikan jaminan kepada keselesaan serta kelapangan keluarga anda. Lebih menarik, bagi unit corner lot, terdapat tambahan ruang beralaskan rumput sintetik menjadikan pemandangan rumah anda lebih menarik dan bersih.
Penghuni Lambaian Dua disediakan dengan pelbagai kemudahan yang lengkap di sekitar jarak yang dekat seterusnya memberikan keselesaan kepada mereka untuk menjalani kehidupan seharian.
Antara kemudahan yang terdapat di sekitar Lambaian Dua:
Pusat Pendidikan
•Institut German-Malaysia
•Universiti Kebangsaan Malaysia
•Greenview Islamic International School, Bangi
•Universiti Kuala Lumpur Malaysia-France Institute (Unikl MFI)
•Kolej Universiti New Era
Hospital
•Hospital Islam Az-Zahrah
•Hospital Pakar An-Nur Hasanah Sdn Bhd
•Hospital Pakar KPJ Kajang
Pusat Beli Belah
•Econsave Bangi
•Pusat Beli Belah Bangi Gateaway
•Pusat Beli Belah KIP
•Giant Hypermarket Kajang
•Plaza Metro Kajang
•Pusat Beli Belah Evo, Bangi
•Kompleks PKNS Bangi
•Tesco Extra Kajang
•Pusat Beli Belah Alamanda
•IOI City Mall
Kelab Golf
•Kelab Golf Bangi
Pengangkutan
•Stesen Komuter UKM
•MRT Kajang (SBK 35)
Kemudahan Akses
•Lebuhraya Silk
•Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)
•Lebuhraya Utara-Selatan
•Lebuhraya Elite
Salah satu tarikan utama di Lambaian Dua adalah sistem berpagar serta pengurusan keselamatan yang maksimum. Ini seterusnya meningkatkan keyakinan penghuni untuk menjalankan aktiviti bersama keluarga mereka. Antara fasiliti yang bakal memenuhi kehendak anda termasuk:
•Pondok Keselamatan
•Kelab Rekreasi
•Gimnasium
•Gimnasium terbuka
•Gazebo
•Trek joging
•Parking
•Kawasan permainan kanak kanak
•Kolam renang
•Pusat mengecas tenaga E-Car di kelab rekreasi
•Musolla
Jenis Tanah: Kediaman
Tempoh:Pegangan Bebas
Saiz dibina: 2,266-2,331 kaki persegi
Jumlah unit dibina:68
From RM 700K
Rawang 2 Storey Terrace Homes | Indiv... From 1733 sqft
From RM 650K
Kajang Double-storey Terraces | Freeh... From 1682 sqft
From RM 620K
Rawang 2-Storey Terrace Homes | 18'x7... From 1671 sqft
From RM 650K
Kajang Double-storey Terraces | Freeh... From 1682 sqft
Contact for Price
Sepang Double-storey Terrace | 20' x... From 1950 sqft
From RM 788K
Sepang Double-storey Terrace | 20' x... From 1950 sqft
From RM 738K
Bangi 2-Storey Terrace (22' x 70') From 2214 sqft
From RM 755K
Rawang Superlink 2.5 Storey and 3 sto...
Merdeka, merdeka, merdeka! ✊...
Continue reading