Aspen @ Bandar Baru Sri Klebang, Ipoh, Ipoh, Perak

Aspen @ Bandar Baru Sri Klebang, Ipoh

RM 470,000 (rumah contoh berkelengkapan penuh) & RM565,800 (lot penjuru, Bumi)

Location
Bandar Baru Sri Klebang, 31200 Chemor, Perak
Type
Double-storey Link Home (22'x75')
Bedrooms & Size
4 Bedrooms(2,198 sq.ft)
Completion year
Move-in Ready
Developed By
Kinta Properties
Point
  • Komuniti berpengawal. Keistimewaan untuk menikmati kemudahan rumah kelab
  • Pegangan bebas. Ruangan dapur yang besar dan konsep ruang tamu-ruang makan yang terbuka

Project Details

Unit Terhad. Jangan Lepaskan Peluang Anda!

Aspen merupakah sebuah teres dua tingkat (22' x 75') terletak di Bandar Baru Sri Klebang, Ipoh. Bandar Baru Sri Klebang ialah sebuah perbandaran terancang oleh Kinta Properties. Rumah teres dua tingkat ini sudah siap dengan jumlah sebanyak 65 unit dan hanya 2 unit yang masih ada. Anda bakal merasai pengalaman yang menyenangkan serta rumah bersaiz besar dengan harga bermula RM470,000 untuk rumah contoh berkelengkapan penuh & RM565,800 untuk unit penjuru (corner). Rumah pegangan bebas ini bakal memenuhi gaya hidup santai anda dengan kedekatan ke kemudahan rumah kelab dan pelbagai kemudahan lain seperti sekolah, pusat membeli belah, dan institusi perubatan. Rumah ini dilengkapi dengan 4 bilik tidur & 4 bilik air (2,198 kaki persegi), menjanjikan kehidupan yang selesa bersama keluarga tersayang.

Kehidupan Selesa di Rumah yang Luas

Aspen @ Bandar Baru Sri Klebang ialah rumah teres dua tingkat yang luas dilengkapi dengan 4 bilik tidur & 4 bilik air, bakal merangkul penghuninya dengan keselesaan yang mencukupi. Aspen direka dengan dapur yang luas serta konsep ruang tamu-ruang makan terbuka, sesuai untuk keluarga yang sibuk dan ingin bersantai bersama-sama di sebuah ruangan yang sama.

Dengan menetap di Aspen, anda tidak perlu khuatir tentang keselamatan kerana komunitinya yang berpengawal dilengkapi dengan rondaan, pagar berperimeter dan sistem pengawasan televisyen litar tertutup (CCTV) bakal memastikan kenyamanan buat seisi keluarga anda.

Kehidupan Dinamik dikelilingi Pelbagai Kemudahan

Di Bandar Baru Sri Klebang yang terancang ini, anda bakal melewati sebuah kehidupan yang serba lengkap untuk diduduki. Perbandaran ini menyediakan ruang untuk sebuah kehidupan yang berkualiti bersama keluarga dan lokasi yang amat baik untuk tumbesaran anak-anak kerana ia terletak berhampiran dengan pelbagai kemudahan:

Sekolah:

  • SJKC Poi Lam
  • SMJK Poi Lam 
  • Sekolah Kebangsaan Klebang Jaya 

Pusat Membeli Belah:

  • AEON Klebang
  • Econsave
  • Chemor market

Institusi Kesihatan:

  • HTM pharmacy
  • Farmasi TrueCare
  • Guardian outlet

 

The Centro: Pusat Rekreasi Komuniti

Tinggal di Bandar Baru Sri Klebang juga menyediakan peluang untuk anda menikmati kemudahan rumah kelab The Centro. Pusat rekreasi komuniti ini menempatkan gimnasium, lapangan sasar 18-teteluk, kolam renang sepanjang 25 meter, kolam renang untuk kanak-kanak, gelanggang tenis, dan kafe. Selain itu, bandar ini terletak hanya lima minit dari Master Badminton Club (MBC) yang menawarkan kemudahan untuk badminton, futsal dan juga gimnasium.

Ciri-Ciri

Tempoh Pemilikan: Pegangan Bebas
Saiz Tanah: 22' x 75'
Saiz Binaan: 2,198 kaki persegi
Jumlah unit: 65 (Hanya 2 unit yang tinggal)

Offer:

  • 5% diskaun Bumi untuk lot Bumi
  • Promosi Ulang Tahun ke-50

Floor Plan

Aspen - 22' × 75'
From RM470K
2,198 sq.ft
4 Bedrooms
4 Bathrooms

Location Map

Company Information

Kinta Properties
Kinta Properties
2 Jalan Sri Klebang A/12, Bandar Baru Sri Klebang, 31200 Ipoh, Perak

Kinta Properties diasaskan pada tahun 1969 dengan lebih daripada 6,000 rumah yang terbina. Pemaju terkemuka ini mempunyai pengalaman selama 50 tahun dalam membina kediaman yang berkualiti dan komuniti yang mapan di Ipoh, Perak, Malaysia. 

Kinta Properties membina rumah untuk memenuhi keperluan setiap pembeli daripada pembeli kali pertama, pembeli berkeluarga, pembeli bujang, sehinggalah pembeli yang berusia. Selain daripada perumahan, mereka jugak membina sekolah, kedai-kedai, restoran, ruangan hijau, dan pelbagai hub komuniti.

Related Properties

Available
Seri Meranti Phase 7.2B(1) @ Bandar Seri Botani, Ipoh

From RM 608K

Ipoh 2 ½ Storey Terrace Houses | Fr... From 2814 sqft

Seri Meranti Phase 7.2B(1) @ Bandar Seri Botani, Ipoh
Available
Taman Permatang Maju @ Sitiawan

From RM 259K

Sitiawan Townhouse From 1394 sqft

Taman Permatang Maju @ Sitiawan

New Articles

[Save The Date] Sambutan Promosi Merdeka ke-65 Tahun bersama Dwi @ Rimbun Kasia
Aug 12

Merdeka, merdeka, merdeka! ✊...

Continue reading

Aspen, untuk dijual dibangunkan oleh Kinta Properties. Double-storey Link Home (22'x75'), From RM 470K. Anda boleh melihat butiran projek Aspen dengan gambar, harga, pelan susun atur, fasiliti dan lain-lain. NuProp membantu pembeli dan pelabur bagi mencari projek perumahan yang terbaru di Malaysia.

Filter Your Results