d'Pristine @ Medini, Johor Bahru, Johor

d'Pristine @ Medini

Bermula Dari RM589,300 hingga RM1,269,200

Location
Medini, Iskandar Puteri
Type
SOFO
Bedrooms & Size
1 Bedroom(644 sq.ft) - 3 Bedrooms(1,416 sq.ft)
Completion year
Move-in Ready
Developed By
D Pristine Medine Sdn Bhd (subsidiary of B&G Property)

Project Details

INFORMASI D'PRISTINE @ MEDINI

 


LOKASI


d’Pristine @ Medine terletak di Iskandar Puteri, iaitu zon B bagi pembangunan utama Iskandar Malaysia. Dengan hanya mengambil masa perjalanan 15 minit untuk ke Singapura, D’Pristine mempunyai perhubungan perjalanan ke lebuhraya utama seperti Link Expressway, Lebuhraya Link Kedua dan Lebuhraya Coastal yang menuju ke pusat bandar Johor Bahru dengan hanya mengambil masa 20minit sahaja. Selain itu, d’Pristine juga bakal berada bersebelahan dengan hab pengangkutan yang bakal dibina dengan pelbagai akses hebat seperti MRT dan Bas. Tambahan lagi, bagi yang gemar melancong pasti akan berasa teruja dengan lokasinya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai yang terletak hanya setengah jam perjalanan bagi memberi anda kemudahan akses mudah untuk menuju ke lapangan terbang.


PERINCIAN UNIT


d’Pristine merangkumi dua menara SOFO (Small Office Flexible Occupancy) unit kediaman, pusat membeli belah 3 tingkat, hotel 4 bintang yang direka khas, dan juga sebuah menara pejabat gred A. Unit kediaman datang dengan 5 jenis yang berbeza iaitu: Standard (644 kaki persegi), Deluxe, (771 kaki persegi), Suite Premium A (1,308 kaki persegi), Suite Premium B (1,416 kaki persegi) dan Suite Premium C (1,416 kaki persegi) kesemuanya mempunya bilik tidur diantara 1 hingga 4 bilik. Setiap unit SOFO adalah lengkap dan dirancang dengan teliti bagi memenuhi kehendak individu. Setiap unit turut dilengkapi dengan pantry cabinet pasang siap dengan hood dan hob, pemanas air, penghawa dingin, almari pakaian pasang siap pada bilik, kipas siling dan gril.


KEMUDAHAN


D’Pristine merupakan suatu destinasi yang menawarkan pelbagai kemudahan di sekitarnya. Antaranya ialah, Legoland, Pusat Kesihatan Bandar, Hospital Gleneagles, sekolah-sekolah awam, Studio Pinewood Iskandar Malaysia, Puteri Harbour dan juga Hab Pendidikan Bersepadu iaitu EduCity yang terdiri daripada 8 institusi pengajian tempatan dan luar.
Berikut merupakan kemudahan lain yang terdapat di sekitar d’Pristine


• Sanrio Hello Kitty Town
• Kota Iskandar
• Motorsports City
• SILC Industrial Park
• Huawei Regional Data Centre
• Ascendas Business Park
• Frost & Sullivan Regional Office


FASILITI


Penduduk d'Pristine boleh menikmati kemudahan gaya hidup premium yang sesuai bagi semua peringkat umur. Kolam Renang dan gimnasium akan memastikan hidup anda kekal aktif, manakala Sky Lounge di bahagian bumbung pula akan membantu anda untuk berehat serta menikmati landskap yang indah. Kemudahan eksklusif di d'Pristine adalah termasuk :


• Kolam Renang
• Dek
• Bistro
• Dewan Besar
• Ruang Open Sky/Lounge
• Pancuran Air
• Servis Koridor
• Ruang berkumpul
• Lobi Hotel
• Lounge V.I.P
• Sky Gym


KESIMPULAN


Dengan harga yang berpatutan beserta lokasinya yang strategik, d’Pristine merupakan tempat bagi memenuhi kehendak setiap penduduknya dan melambangkan gaya hidup moden. D”Pristine adalah suatu pelaburan yang bernilai bagi pembeli dari negara luar dan juga para pelabur oleh kerana insentif cukai khas yang ditawarkan. Kesemua pembeli d’Pristine dapat menikmati pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) manakala warganegara asing tidak akan terjejas oleh harga belian minimum, pengecualian cukai selama 10 tahun bagi menjalankan perniagaan serta pelbagai lagi faedah lain yang bakal dinikmati oleh pekerja kompeten asing di Iskandar. Hal ini mebuatkan d’Pristine sebuah pusat komuniti antarabangsa serta mempunyai gaya hidup bandar.

Informasi Khas

Bayaran pendahuluan: 10%
Bayaran Tempahan: 10,000
Yuran guaman, Dan Yuran Setem ditanggung oleh pemaju
Rebat tambahan sebanyak 10% dari caj harga SPA
Tambahan rebat sebanyak 5% bagi pembeli secara tunai

Fasiliti

Kolam Renang Infinit, Sun Deck, Bistro, Dewan Besar, Ruang Open Shy/Lounge, Pancuran Air, Ruang Berkumpul, Lobi Hotel, Lounge V.I.P, Ruang Landskap, Sky Gym, Arena Sukan, Pusat Penjagaan Kanak-Kanak, Tadika

Floor Plan

SoFo Standard
From RM589K
644 sq.ft
1 Bedroom
1 Bathroom

SoFo Deluxe
From RM686K
771 sq.ft
2 Bedrooms
2 Bathrooms

SoFo Premium Suite Type B
From RM1.22M
1,416 sq.ft
3 Bedrooms
3 Bathrooms

SoFo Premium Suite Type C
From RM1.16M
1,416 sq.ft
3 Bedrooms
3 Bathrooms

Location Map

Company Information

D Pristine Medine Sdn Bhd (subsidiary of B&G Property)
D Pristine Medine Sdn Bhd (subsidiary of B&G Property)
Address: C-07-01, Block C, Level 7, SkyPark @ One City, Jalan USJ 25/1, 47650 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Alamat: C-07-01, Block C, Level 7, SkyPark @ One City, Jalan USJ 25/1, 47650 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
B&G Property merupakan bahagian hartana bagi B&G Capital Resources Berhad
Bermula sebagai sebuah pembinaan awam dan kontraktor bangunan pada tahun 1995, skop kerja awal bagi Kumpulan B&G adalah termasuk urusan senibina, struktur, mekanikal dan servis elektrikal. Pada masa yang sama, B&G juga fokus dalam kaedah pembuatan pembinaan. Selain itu, B&G telah meluaskan perniagaannya ke dalam kajian plan, konsep reka bentuk dan pembuatan serta perdagangan bahan binaan berkualiti tinggi. Selepas 10 tahun di dalam pembinaan sivil dan bangunan industri, B&G mengambil keputusan untuk terjun ke dalam skop pembangunan hartanah dan memulakan pembangunan kediaman dan komersial.
Projek hartanah di B&G tersebar luas terutamanya di kawasan pinggiran Lembah Klang seperti Subang Jaya, Selayang, Rawang, Bangi, Shah Alam, Port Dickson dan Iskandar Malaysia

Salah satu projek terbaru B&G iaitu Kingsley Hills, sebuah pembangunan kediaman bercampur yang berkeluasan 96 ekar tanah di Putra Heights. Selain itu, d'Pristine @ Medini merupakan pembangunan bersepadu dan juga projek sulung bagi B&G di Iskandar Malaysia, Johor. Ia merangkumi pembangunan perumahan bersepadu dua Menara SOFO, Hotel yang direka khas, sebuah menara pejabat Gred A dan pusat membeli-belah 3-tingkat.

Related Properties

New Articles

[Save The Date] Sambutan Promosi Merdeka ke-65 Tahun bersama Dwi @ Rimbun Kasia
Aug 12

Merdeka, merdeka, merdeka! ✊...

Continue reading

d'Pristine, untuk dijual dibangunkan oleh D Pristine Medine Sdn Bhd (subsidiary of B&G Property). SOFO, From RM 589K. Anda boleh melihat butiran projek d'Pristine dengan gambar, harga, pelan susun atur, fasiliti dan lain-lain. NuProp membantu pembeli dan pelabur bagi mencari projek perumahan yang terbaru di Malaysia.

Filter Your Results