NuProp Team

6 Perkara Menarik Tentang Dwi @ Rimbun Kasia Yang Membuatkan Ia Dekat Dengan Hati Pembeli

Individu yang pernah membeli rumah pasti tahu bahawa proses pembelian rumah boleh menjadi sesuatu yang sukar dan merumitkan. Oleh sebab itu, pentingnya untuk kita kaji selidik terlebih dahulu ciri-ciri rumah yang bakal dibeli supaya dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Baru-baru ini Dwi telah berjaya menemu bual dua orang pembeli unit di Dwi @ Rimbun Kasia. Jom ikuti perkongsian oleh dua pemilik rumah Dwi @ Rimbun Kasia untuk ketahui apa pendapat mereka tentang Dwi.


1. Apakah perkara yang penting kepada anda semasa membeli rumah?

Jawapan: "Pertama adalah dari segi harga. Harga perumahan itu mesti harga yang mampu untuk saya miliki. Kedua adalah dari segi penjarakan daripada rumah ke tempat kerja saya. So, lagi dekat jarak lagi bagus." — Nazrul

Jawapan: "Perkara yang penting bagi saya adalah kemudahan penginapan saya, keselesaan saya." — Monaliza*Jarak anggaran


2. Apakah yang anda bimbang sebelum membeli sebuah rumah?

Jawapan: "Adalah dari segi kos kerana untuk menyediakan instalment untuk rumah itu sendiri dan juga menyediakan down payment yang tinggi." — Nazrul

Jawapan: "Tentang keselamatan dan keselesaan. Sebab saya begitu takut kalau beli (rumah yang) tidak ada keselesaan." — Monaliza


3. Bagaimana Dwi sesuai untuk anda?

Unit contoh sebenar - Type C


Jawapan: "Pertama, dari segi harga. Harganya memang mampu untuk saya miliki. Kemudian, dari segi jarak. Antara Dwi dan tempat kerja saya sangat dekat." — Nazrul

Jawapan: "Kapasiti rumah itu yang menarik perhatian saya dan juga layanan servis pengurusan dia yang begitu menarik minat saya untuk membeli Dwi." — Monaliza


4. Namakan ciri kegemaran anda tentang Dwi.

Berhampiran dengan AEON MALL Nilai


Jawapan: "Dwi punya kepadatan penduduk adalah sangat rendah berbanding perumahan jenis apartment yang lain. Kedua adalah dari segi kemudahan lain yang disediakan untuk pembeli." — Nazrul

Jawapan: "Di sekitar terdapat mini market, kolam renang dan juga taman. Taman yang sesuai untuk anak-anak dan terjamin keselamatannya.

Yang kedua adalah lokasi. Lokasi dia terdapat dekat sekitar ni, ada hospital dan juga AEON MALL. Berhampiran supermarket yang begitu selesa dan juga saya boleh pergi mengambil anak saya dengan bergitu dekat satu iaitu lapangan terbang KLIA. Memang Kuala Lumpur dengan Seremban, Dwi ini berada di tengah-tengah lokasi.

Saya suka dengan kapasiti yang terdapat melalui pemberian yang begitu jimat. Iaitu Dwi ini ada memberikan kita kitchen kabinet (dan) mesin basuh. Dia (anak) tak perlu nak jemur-jemur lagi.

Memang keperluan yang dia bagi pada kita memang betul bagus daripada saya membeli rumah yang lain." — Monaliza


5. Pada pendapat anda, Dwi sesuai untuk siapa?

Turut dilengkapi di Dwi @ Rimbun Kasia adalah Taman Pusat Komuniti seluas 2.3 ekar


Jawapan: "Untuk keluarga, individu bujang, ataupun expats yang datang bekerja dekat Malaysia." — Nazrul

Jawapan: "Dwi ini sesuai untuk semua golongan, baik tua ataupun muda. Memang saya sarankan." — Monaliza


6. Apa yang membuatkan anda memilih Dwi berbanding rumah lain?


Jawapan: "Pakej untuk pembeli boleh menggunakan HouzKEY yang telah Dwi sediakan. Dwi memberi saya pilihan untuk tak ada down payment dan juga memberi instalment bulanan yang agak rendah berbanding dengan perumahan yang lain.

Bagi saya, disebabkan perkara ini, saya rasa Dwi adalah pilihan yang terbaik." — Nazrul

Jawapan: "Rumah dia begitu selesa dan juga ada kemudahan (seperti) mini market dan juga keselamatan yang terdapat pada sebuah rumah."

Saya memang rekomenkanlah untuk mereka yang masih mencari-cari rumah." — Monaliza


Mengenai Dwi @ Rimbun Kasia

Dwi @ Rimbun Kasia telah direka dengan mengutamakan keperluan pembeli. Terletak di Rimbun Kasia, pusat pendidikan baru di Nilai, kediaman berkonsepkan dwi-kunci ini menawarkan anda sebuah kediaman praktikal dengan kepadatan penduduk rendah.

  • Bil. bilik tidur: 2+1 ke 3 bilik (konsep dwi-kunci bagi Unit A1 dan Unit B)
  • Jumlah tingkat: 10 (parkir kereta di bahagian aras bawah)
  • Jumlah unit: 382
  • Jumlah blok: 1 blok
  • Keluasan pembangunan: 3.9 ekar
  • Separa berperabot*



Contact Us
Name is required.
We'll never share your email with anyone else.
Email is invalid.
Phone is required.

Related Properties

The 18th Bungalow @ Nilai

Contact for Price

Nilai 2 Storey Bungalow

The 18th Bungalow @ Nilai
Lodge Residence @ Nilai

From RM 65K

Nilai Student Residence

Lodge Residence @ Nilai
Linea @ Enstek

From RM 749K

Nilai Superlink Terrace Double Store... From 1954 sqft

Linea @ Enstek
Available
Pristine 3 @ Bandar Enstek

From RM 487K

Nilai 2-Storey Terrace/Link House |... From 1584 sqft

Pristine 3 @ Bandar Enstek
Sutera @ Warisan Puteri 2, Seremban

From RM 392K

Seremban 2-Storey Terrace House (20'x70... From 1795 sqft

Sutera @ Warisan Puteri 2, Seremban
Lunaria Ⅲ, Resort Homes @ Bandar Sri Sendayan

From RM 749K

Bandar Sri Sendayan 2-Storey Superlink From 3164 sqft

Lunaria Ⅲ, Resort Homes @ Bandar Sri Sendayan
Available
Tierra, Bandar Warisan Puteri 2

From RM 382K

Seremban Freehold, 2-storey Terrace (20... From 1669 sqft

Tierra, Bandar Warisan Puteri 2
Landed House @ Bandar Sri Sendayan

From RM 656K

Bandar Sri Sendayan 2 Storey Semi-Ds / 2 Storey Li... From 2599 sqft

Landed House @ Bandar Sri Sendayan
Filter Your Results